RUMAH | BELI atau SEWA?

Siapa yang tidak teringin atau mahu membeli rumah sendiri bukan? Bila ada rumah sendiri secara langsung tidak perlu lagi memikirkan bayaran sewa kerana komitmen bayaran bulanan adalah untuk rumah kita sendiri. Nak hias rumah atau buat ubahsuai pun boleh ikut citarasa sendiri. Tidak seperti rumah sewa yang sangat terhad kerana bukan rumah sendiri.

Namun menyewa adalah alternatif terbaik sebelum mampu untuk membeli rumah sendiri. Sebagai penyewa memang telah sedia maklum bahawa semua perkara tertakluk kepada pemilik rumah sewa. Kebiasaannya penyewa juga maklum dan tak perlu nak fikir banyak untuk menghias rumah kerana bukan rumah sendiri.

Apa kelebihan membeli rumah sendiri?

Membeli rumah adalah satu perkara besar dalam kehidupan. Ianya melibatkan komitmen tetap bulanan yang tidak boleh diabaikan. Jadi perancangan yang baik sebelum membeli rumah adalah sangat perlu agar ianya tidak menjadi satu perkara yang sangat membebankan nanti.

Antara perkara yang penting sebelum membeli rumah adalah :
  1. Periksa had kelayakan pinjaman
  2. Cari harga rumah yang sesuai dengan had kelayakan pinjaman
  3. Pastikan komitmen bayaran bulanan ikut kemampuan 
  4. Cari projek perumahan yang menyediakan pakej terbaik
  5. Pemaju dengan reputasi baik
  6. Fahami proses pembelian rumah dengan jelas
Semua sedia maklum dengan memiliki rumah sendiri adalah satu kelegaan dan kegembiraan dalam kehidupan. Apa tidaknya, rumah adalah satu jaminan terbaik lebih lagi bagi yang sudah berkeluarga. Bagi mereka yang belum berkeluarga, tidak rugi untuk membeli rumah kerana ianya satu persediaan awal sebelum berkahwin.

Selain itu nilai pasaran hartanah akan meningkat setiap tahun. Jadi memiliki rumah bukan sahaja sebagai satu keperluan tapi tambah nilai menjadi pelaburan hartanah. Sebagai contoh pembiayaan semula pinjaman (re-finance) yang membolehkan anda mendapatkan nilai tunai dari nilai pasaran hartanah terkini.

Perancangan terbaik dalam pembelian rumah adalah sebelum anda menjangkau umur 35 tahun. Ini kerana semakin tinggi umur anda, semakin kurang had kelayakan pinjaman & semakin tinggi komitmen bayaran bulanan.

Menyewa rumah memberi anda kebebasan untuk bergerak. Manakala memiliki rumah sendiri memberi anda nikmat kebebasan kewangan

P/S | Miliki rumah dengan Skim Zero Kos dari Koperasi Hartanah Anggun Berhad
        Klik untuk wasap saya | +6019-3713569
        Klik untuk detail | SKIM ZERO KOS 
        Klik untuk | SENARAI PROJEK




Share:

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Pengurusan Anggun Armada Holdings Sdn Bhd & Koperasi Hartanah Anggun Berhad

Popular Posts

Total Pageviews

Followers

Blog Archive