Jika anda penjawat awam & berimpian untuk balik ke kampung dan bina rumah bila berpencen nanti, anda boleh jadikan pelaburan hartanah sebagai modal. Justeru kemungkinan besar tak perlu usik pun duit pampasan perkhidmatan untuk modal bina rumah.
Bagaimana caranya?
1. Pemilikan hartanah (rumah) semasa masih bekerja
2. Cara pemilikan hartanah (rumah) dengan pinjaman 100% dari LPPSA
3. Cari hartanah (rumah) mengikut kemampuan bayaran bulanan
4. Lokasi tidak semestinya berdekatan tempat kerja atau kampung
5. Jual semula hartanah (rumah) bila hampir hendak berpencen
6. Keuntungan jualan menjadi modal pembinaan rumah baru dikampung
Jadi, anda boleh jadikan pembelian hartanah (rumah) ini sebagai pelaburan hartanah yang berbaloi bagi memenuhi impian untuk dijadikan modal bina rumah dikampung bila berpencen nanti. Ini juga sebagai pelan jangka masa panjang sebelum anda berpencen.
Umum semua tahu nilai hartanah akan sentiasa meningkat saban tahun. Begitu juga dengan kos pembinaan rumah jika mahu bina rumah dikampung.
Bila masa sesuai untuk jual semula sebelum tarikh berpencen?
Jangan jual semula bila dah nak sampai masa berpancen. Jual semula sekurang-kurangnya 3 atau 2 tahun sebelum berpencen untuk stanby awal modal. Kebiasaanya sebelum tamat perkhidmatan dah mula untuk bina rumah. Bila pencen je terus boleh masuk rumah baru dikampung.
Dengan cara ini anda akan dapat sepenuhnya wang pampasan perkhidmatan disamping dapat rumah baru. OK tak kalau macam ni? Jika nilai jualan semula tinggi, mungkin dapat lagi lebihan setelah ditolak modal bina rumah.
Pelaburan hartanah seperti ni juga bagus untuk pembiayaan pembelajaran anak-anak masa nak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Untuk miliki rumah dengan skim zero kos boleh hubungi Saya :
No comments:
Post a Comment