LOT BUMI dan REZAB MELAYU

Bumi Lot dan Rezab Melayu
Lot Bumiputera

Dikenali sebagai Bumi Lot.

Siapa yang dikategorikan sebagai Bumiputera?
  • Melayu / Sabah / Sarawak / Muslim Bukan Melayu

Keistimewaan beli Lot Bumi?
  • Terdapat harga diskaun yang berikan bagi setiap pembelian Lot Bumi.

Lot bumi ini memang disediakan oleh Kerajaan Negeri sebagai satu polisi atau langkah bagi menggalakkan pemilikan hartanah di kalangan bumiputera.

Setiap tanah yang berstatus open tittle perlu ada peruntukan kuota Bumi Lot dan ianya berbeza bagi setiap negeri.

Walaupon secara zahirnya pembelian lot Bumi tidak boleh dijual kepada non-bumi, tetapi ianya hanya terpakai untuk penjualan hartanah baru oleh pemaju sahaja di mana pemaju mestilah menjual lot-lot bumi tersebut kepada golingan Bumiputera sahaja.

Walaubagaimanapun, setelah lot Bumi tersebut dijual dan dipindahmilik kepada pembeli Bumiputera, status tersebut tidak lagi terpakai.

Ertinya, pembeli Bumiputera tersebut tidak lagi terikat untuk menjual hartanah tersebut kepada Bumiputera sahaja kerana apa yang tercatat di dalam surat pemilikan tanah tidak semestinya disahkan sebagai Lot Bumiputera di dalam Perjanjian Jual Beli (SPA) dan ianya amat jarang dinyatakan.

Meskipun begitu, sekiranya terdapat syarat nyata di dalam suratan hakmilik (geran)/ sekatan kepentingan, misalnya ditulis ...

“ Tanah ini hendaklah dimiliki oleh Bumiputera sahaja “ atau “ Tanah ini tidak boleh dipindah milikkan melainkan kepada Bumiputera sahaja “

Maka pemilik tanah tersebut perlulah mendapatkan kebenaran dari pihak berkuasa negeri atau membuat permohonan di Pejabat Tanah melalui kaedah berikut :
  • Memohon kebenaran untuk tukar status atas alasan yang kukuh
  • Rayuan ke pejabat tanah sekiranya permohonan ditolak
  • Membayar semula ke pemaju diskaun bumiputera dari harga belian asal

Untuk miliki rumah dengan skim zero kos boleh hubungi Saya

Razif Mokji
Perunding Hartanah KOHAB
Sila klik no. untuk hubungi | 019-3713569
Share:

No comments:

Post a Comment

About Me

My photo
Pengurusan Anggun Armada Holdings Sdn Bhd & Koperasi Hartanah Anggun Berhad

Popular Posts

Total Pageviews

Followers